tukar tayar

Langkah-langkah untuk menukar tayar kenderaan anda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Jack untuk mengangkat kereta
  • Pemutar jack untuk mengangkat kereta sehingga sebati
  • Spanar untuk melonggarkan nuts sehingga cukup rasa
  • Tayar spare

1. Mula-mula buka bonet kereta, dan cari alatan untuk menukar tayar seperti “jack”, dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare  dan juga park kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke, simen, so time naikkan kereta nanti taklah terbenam. 

  •  
 

2. Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, 
lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakan kerosakan pada rim. Atau jika anda gagah, guna tangan pun boleh. 

3. Longgarkan “nuts” pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkannya. 

4) Pasangkan “jack” untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan “jack” diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan “jack” masuk ke tulang kereta, dan ayuh saya putar halim mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta cukup sebati untuk dikeluarkan. 

5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu memang kecil dari tayar normal sampai aku pun macam scary cukup kukuhkan tayar itu untuk menampung berat kereta ini. 

6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali “nuts” dengan tidak terlalu ketat. Turunkan “jack”, dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat.

tips kemalangan

7 Tips jika anda terlibat dengan kemalangan.

1. Mendapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan nama orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama. 

2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan. 

3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian. 

4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa. 

5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya. 

6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda. 

7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda. 

Setelah kemalangan dilaporkan dan kenderaan anda ditarik ke bengkel diiktiraf terdekat atau ke balai polis, syarikat insurans anda akan hantar seorang penaksir kerugian. Penaksir kerugian ialah seorang yang akan menilai kerugian yang berlaku ke atas kenderaan anda dan bertanggungjawab menyiasat punca sebenar kemalangan. Penaksir kerugian akan memberi nasihat kepada syarikat insurans tentang berapa banyak anda boleh tuntut atas kemalangan tersebut.

Suhu kereta naik

Cara untuk menghadapi suhu kenderaan anda naik.

Antara masalah yang boleh mengakibatkan High temprature ialah:

  • 1.Air cooling Radiator kering. Radiator tersumbat.. Drain Screw Radiator loose.
  • 2. Tidak menutup radiator cap dengan baik.
  • 3. Sensor Temperature tak betul
  • 4.Hos penyambung ke radiator bocor.
  • 5.Water Pump Rosak atau tersumbat
  • 6. Kipas radiator rosak.
  • 7. Thermostat rosak.

1.Periksa Air Radiator 
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air.. Cuba lihat air di dalam radiator pastikan tidak berkarat dan jika berkarat dan berkeladak mungkin radiator tersumbat… ni kena buat flash air tersebut dengan  membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan Drain Screw Radiator dibuka. Biarkan air memasuki dan mengalir masuk dalam enjin sehingga air karat habis keluar kesemuanya.. Kemudian pasang balik Drain Screw Radiator kembali…Isi air di dalam radiator

AMARAN…Jangan membuka penutup radiator ketika panas..Biarkan dalam 1 jam tunggu sejuk dulu baru boleh membukanya..Gunakan kain yang tebal untuk membukanya..Ini bagi mengelakkan wap dan air panas tepercik 
pada anggota badan.. melecur beb Pastikan tiada bocor pada radiator..jenguk pada bawah kenderaan anda. jika ada air menitis,cuba cari punca datangnya air itu..Selalunya ia datang dari Drain Screw.. atau ada kebocoran pada radiator atau pada part-part berkaitan (Tengok kat lantai atau atas jalan kalau ada bekas air menitik) … Atau air memang dah kering kat dalam radiator tuu…

Periksa dan pastikan air dalam reserve tanki ini dalam paras antara minima dan maksima. 
Kena checking air yang ada.. seeloknya sebelum enjin dihidupkan.Ingat jangan melebihi paras yang disarankan

 

Periksa keadaan spring dan juga rubber seal tidak rosak.Secara teknikal cap ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut ia berfungsi atau tidak

3.Periksa Sensor Temperature

 Kadang kala masalah berlaku bila jalanraya sesak suhu enjin akan meningkat… kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas perlahan maka suhu didalam tangki lambat turun.Atau pun sensor ada masaalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller dah rosak.Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer.. ada kemungkinan sensor ini rosak.Cara terbaik untuk test adalah dengan menggunakan screw driver atau wire ON kan Suis.. tapi jgn start kenderaan anda..dan sentuh kedua dua point .Jika kipas berpusing ini bermakna sensor ini ada masalah. Disyorkan tukar baru sahaja. Kipas akan berpusing jika Thermostat Cut in.

3.Periksa Hose

Lihat pada hos kenderaan anda.. Jika didapati ada tanda tanda retak, koyak disyorkan tukar baru berserta dengan clip baru.Juga periksa sekali hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. Caranya korang boleh pegang 
hose atas dan hose bawah jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini ada kemungkinan thermostat kenderaan korang sudah karat dan jammed ( rosak). Saya nak nasihatkan kat sini simpan segulung masking tape dalam dashbord kereta… Tujuannya jika terdapat kesan bocor korang boleh tampal bocor dengan masking tape..Boleh digunakan untuk jarak yang dekat sahaja

3.Periksa Water pump

Periksa betul betul jika ada tanda tanda air keluar disekeliling water pump.Ada 2 sebab jika berlaku sama ada gasket bocor keluar air atau pump housing retak .Kalau ini berlaku disarankan segera tukar pump baru. Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan menukar gasket

6.Periksa Radiator Fan 

Periksa connection wire,fuse box,sensor temperature dan fan motor… Periksa kipas radiator 
adakah ianya berfungsi dengan baik… Bila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan adalah normal tanpa terdengar bunyi yang abnormal.Sekiranya didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan contact  longgar atau kemungkinan carbon motor dah haus . Tetapi kalau Kipas tidak berpusing.Check dengan mengunakan test pen on your motor..pastikan ada bekalan letrik..jika kipas berpusing check pada thermostat pula takut tersumbat kot

7.Thermostat 

Pemeriksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak didalam.Ada kes tertentu thermostat jammed boleh menyebabkan enjin overheated.Oleh itu jika ia berlaku anda boleh buka 2 nut screw dan buangkan. Tapi ini hanya bila berlakunya kes kecemasan sahaja.

Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tak normal pada kereta tersebut , 
tapi temprature masih lagi high..maybe ada something wrong with your meter panel odometer.. 
Periksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak Cuba pandu kereta pelan- pelan, dan berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit… berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit… bawalah kereta anda ke worksyop berdekatan yerr..

PESANAN KAMI.. 
Kalau nak jalan jauh harus servis kereta wehh, jangan gambel sangat tau.Kang kereta tersadai tepi jalan 
kang… Mintak jauhhh lerr

Cara penjagaan break

Cara penjagaan break kereta anda.

Walau apa pun jenis kenderaan yang anda pakai, pastikan kenderaan tersebut ada brek. Walaupun kenderaan tersebut merupakan 
sebuah basikal, brek tetap penting lebih-lebih lagi jika anda naik basikal turun bukit. 

Begitu juga dengan kereta yang anda pakai. Tak kisah kereta nasional atau luar negara, mahal atau murah, laju atau perlahan, 
brek mesti tip top. Jangan main-main dengan keadaan brek kenderaan yang anda pakai itu. 

Masa mula-mula pakai kereta dahulu, saya sendiri tak berapa ambil kisah sangat dengan kepentingan keadaan brek sesebuah 
kenderaan. Tapi mula sedar betapa pentingnya jaga brek bila teman seorang kawan ambil kereta second hand yang baru dibelinya. 

Kawan saya itu memang peminat kereta. Dia suka bergaya dengan kereta yang dibelinya. Walaupun kereta yang dia beli kereta lama, 
bila dapat saja padanya dia akan betulkan semua keadaan kereta tersebut dari segi penampilan dan juga pemanduan. 

Biasanya banyak juga duit yang dia akan habiskan. Tapi disebabkan dia dah biasa betulkan banyak kereta, networking untuk 
melakukan semua aktiviti tersebut memudahkan segala urusannya dengan harga yang berpatutan. 

“Yang ni aku jaga ! “, terang kawan saya itu ketika membawa keretanya ke sebuah workshop. Maksudnya adalah penjagaan brek. Baginya, brek melibatkan keselamatan pemandu kereta dan juga penumpang serta orang lain. Itu perkara asas paling pentng dalam 
menjaga keselamatan sesebuah kereta. 

Ketika itu barulah timbul kesedaran dalam diri bahawa walau apapun yang berlaku pada kereta anda, perkara paling penting yang anda perlu berikan perhatian adalah brek kereta tersebut. Pastikan bila tekan kenderaan boleh berhenti. Ertinya anda boleh kawal kereta dengan baik mengikut arahan yang anda buat.

“Brek yang baik adalah sahabat anda semasa kecemasan” 

Maklumat penting tentang brek kereta 

Ada beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu berkenaan brek. Berikut saya senaraikannya seperti mana yang saya lihat pada broshure KPDNKK. 

Maklumat pada kotak brek 

1.Setiap kotak brek akan dipamerkan Nama, alamat, pengeluar / pengimport, dan pengedar brek tersebut. 
2.Anda boleh lihat juga adanya amaran keselamatan pada kotak brek. 
3.Diberikan juga spesifikasi piawaian terhadap kualiti brek yang anda beli itu pada kotaknya. 
4.Pada kotak brek juga ada tertera maklumat Bebas Asbestos. 
5.Maklumat pelapik brek 
6.Ketebalan minimum pelapik brek mestilah tidak kurang dari 5mm 
7.Pastikan pada pelapik brek ada pin sesentuh amaran kehausan. 
8.Maklumat Cakera brek 
Jika anda memakai cakera brek atau dalam Bahasa Inggeris Brake Disc, ukuran minimum ketebalan cakera brek tersebut perlu 
tertera pada bahagian tepi cakera brek yang anda beli atau pasang. Rujuk pada cakera brek anda. 

Berikut diberikan 8 tips penjagaan brek kereta anda. 

1.Pastikan sistem brek kereta anda diselenggara setiap kali mencapai perjalanan 20 ribu kilometer. 
biasanya dalam tempoh 6 bulan sekali (seperti yang dinasihatkan oleh pengeluar) 
2.Bila ketebalan pelapik brek (brake pad) kurang dari 2mm, elok ditukarkan saja brek tersebut. Biasanya dalam 
ketebalan kurang dari 2mm, pin sesentuh keselamatan akan keluarkan bunyi amaran. 
3.Suruh mekanik periksa keadaan bendalir brek setiap kali anda tukar brek. 
Pastikan mekanik menggunakan alat uji bendalir brek dan bukan main agak-agak saja. Ini bab keselamatan woo!. 
4.Perhatikan pada nasihat jenis dan saiz tayar serta RIM yang diberikan oleh pengeluar kenderaan anda. 
Jangan pakai saiz tayar dan rim yang lebih besar kerana ia akan mengurangkan cengkaman brek. Ini bab keselamatan woo!. 
5.Pilih pelapik brek yang ikut spek standard MS / UNECE / ISO / JIS / SAE 
6.Tahap minimum cakera brek (RMT – Rotor minimum thickness) 
kereta anda ada pada cakera brek tersebut, sila baca dan perhatikan tahap minimumnya. Jika mencapai tahap minimum, ada kemungkinan sistem brek akan gagal. 
7.Bawa kereta baik-baik berhemat selepas tukar brek yang baru sebab keberkesanan brek biasanya akan berkurangan sikit selepas baru saja tukar. 
8.Tak payak nak gatal pakai pelapik brek atau lining brek second hand. Ini bab nyawa woo!.Amaran utama tentang brek 

Sila berikan perhatian pada maklumat ini. 

Seandainya terasa pedal brek kereta anda telah menurun sedikit semasa memandu, terutamanya masa dok turun bukit, berhenti dengan kadar segera !. Tunggu 15 minit sebelum teruskan pemanduan. Keadaan pedal brek yang tiba-tiba menurun itu berkemungkinan disebabkan suhu minyak brek kereta anda telah meningkat naik. Oleh itu, relaks sat dalam 15 minit supaya suhu minyak brek itu tenangkan dirinya.

DIY Service Blower Aircond Kereta

DIY Service Blower Aircond Kereta

Kadang-kadang kalau angin aircond slow berkemungkinan blower aircond dah kotor atau terdapat banyak debu-debu habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas blower berkenaan… Jika angin aircond berbau busuk, Ada kemungkinan aircond anda telah terlalu lama tidak di service (dah bertahun-tahun) hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk. Jadi apa salahnya sekali sekala buka blower aircond untuk dicuci, di tukar filter dan dibersihkan fan (kipas) blower…. mudah-mudahan bila on switch angin blower yang keluar pun jadi kuat sikit.. Sebabnye kita boleh buat sendiri.. senang ajerr kalau nak buat lahhh…

Tanggalkan skrew pengikat dan cabut keluar laci simpanan barang pada dashboard kereta.. Setelah dikeluarkan laci .. cuba lihat kat bahagian dalam (bawah dasboard belakang laci simpanan barang) cari kat mana kedudukan blower aircond kereta tersebut.

Kemudian cari kat mana kedudukan filter blower aircornd… Pastu buka klip pada cover filter … tarik keluar filter blower aircond

Kalau filter blower aircornd tu dah berhabuk teruk sangat… kena tukar dengan yang baru…. Kemudian pasang balik di tempat asal

Ada sesetengah filter blower aircornd kena keluarkan dari celah tepi blower ajer..Macam kereta Hyundai Getz ni agak senang sikit nak buat

Ada sesetengah kereta yang mempunyai filter simple ajer bentuk dia… Contohnya macam kereta Myvi sekeping kertas ajerr bentuk dia

Senang ajer filter blower aircornd tu kalau kotor sangat kena lah tukar baru… Just hanya letak ajer kat dalam blower aircond tersebut

Sesetengah kereta tak nampak kat mana kedudukan blower aircond disebabkan terlindung dibelakang frame console.. Maka kena jugak tanggalkan skrew pengikat pada frame console.. Baru dapat cari kedudukan blower aircond kereta tersebut

Bila dah jumpa blower aircond kereta tersebut cabut keluar… ganti baru.. Cuba tengok kat dalam kotak filter tersebut kadang kala ada sampah berupa daun-daun kering yang masuk kedalam.. Itu yang membuatkan aircond tersumbat dan menyimpan bau busuk dan hapak ( dalam keadaan lembab)… Bersihkan dan buang daun-daun tersebut.

Macam mana boleh ada daun dalam blower aircond??? Bila parking bawah pokok daun-daun landing jatuh dan terselit celah- celah lubang blower … bila aircond dihidupkan maka daun daun kering tersebut akan disedut masuk kedalam kotak blower… ****Di nasihatkan nampak daun atas bonet kereta….Rajinkan tangan buang daun yang jatuh dan terselit kat celah bonet

Dalam atau bersebelahan dengan blower aircond kereta ada kotak fan blower aircond ( kipas blower).. Cuba buka cover fan blower.. Dan cabut keluar fan blower aircond tersebut.

Kalau fan blower aircond ( kipas blower) tu penuh habuk.. Cuba bersihkan kerana kalau habuk tebal sangat pon angin kipas tak boleh keluar kuat nanti.. Dah siap bersihkan pasang balik di tempat asalnya… Cara bersihkan fan blower aircond

Cara nak bersihkan fan blower aircond ni sama ada guna cotton buds untuk bersihkan habuh pada celah-celah kipas.. Atau kalau dah teruk sangat habuk berselaput kena gak cuci dengan berus lukisan yang di basahkan dengan air sabun.. Cara bersihkan saluran hose dan lubang aircond

Cara nak bersihkan saluran hose dan lubang aircond … dapatkan Car Air Conditioner Cleaner siap dengan hose panjang masuk kan hose ke dalam lubang keluar aircond… Pastu spraykan… yang ni contoh gunakan Toyota punya Air Conditioner Cleaner boleh cari ada jual.. Bagus spray ni

Sekarang ni ada macam-macam jenama Car Air Conditioner Cleaner…Bukan takat membersihkan ajer malah menyah bau busuk dan hapak, mewangikan dan menyegarkan bila aircond kereta terpasang.. Aircond sistem ni semua kena servis

Lagi bagus kalau keseluruhan sistem termasuk piping, condensor dan cooling di servis semula supaya ianya dapat berfungsi dalam keadaan baik… Benda ni semua kena servis kat bengkel yang boleh buat servis aircond

Tips Pemeriksaan Kenderan

Tips Pemeriksaan Kenderan

Setiap kali perkara yang tidak diingini berlaku – kereta rosak dalam perjalanan – terutamanya ketika musim perayaan, satu soalan selalu muncul dari orang sekeliling terhadap pemilik kereta, “Kau tak servis kereta ke sebelum jalan jauh?”

“Servis kereta” dalam pemahaman orang kita ialah menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin. Bila Hari Raya hampir tiba, selain dari Bazar Ramadan, Uptown dan pusat membeli-belah lain, bengkel dan pusat servis kereta antara premis yang cukup sibuk dan sering dikunjungi pelanggan.

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat.

Sebenarnya menukar minyak enjin dan penapisnya hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk memastikan perjalanan anda pada musim perayaan ini selamat. Jika anda menghantar kereta anda ke pusat servis pengedar sah, setiap kali sesi servis berkala dilakukan, pemeriksaan keseluruhan pada kereta anda turut akan dilakukan dan anda akan dibantu dengan khidmat nasihat dari Penasihat Servis yang bertugas.

Pada musim perayaan juga, selalunya pusat servis bertauliah ini akan mengadakan kempen pemeriksaan percuma, lengkap dengan ‘check sheet‘ yang akan dikeluarkan setelah kereta anda diperiksa.

Untuk mereka yang tidak lagi menghantar kereta mereka ke pusat servis seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu lebih berhati-hati. Bengkel biasa selalunya tidak mempunyai Penasihat Servis untuk membimbing anda serta memberitahu maklumat terperinci kepada mekanik apa yang perlu diperiksa pada kereta anda. Akhirnya, permintaan anda untuk menservis kereta hanyalah dilakukan sekadar menukar minyak pelincir dan penapis.

Jadi apa yang anda perlu tahu berkenaan pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi perjalanan yang jauh? Secara amnya, dua bahagian perlu diperiksa iaitu bahagian dalam ruang enjin dan bahagian bawah kenderaan.

Pemeriksaan pada bahagian ruang enjin

1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin

Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek

Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleedingperlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.

Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.

Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)

Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.

Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).

Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa

Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)

Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos

Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)

Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri

Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.

Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic loadyang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.

Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

Pemeriksaan di bahagian bawah kenderaan (undercarriage)

1. Periksa kebocoran minyak/cecair bendalir di lantai tempat letak kereta

Ini merupakan pemeriksaan asas yang paling mudah sebelum memeriksa bahagian bawah kenderaan anda di bengkel (dengan mengangkat kereta menggunakan lift), periksa sama ada atau tidak minyak atau cecair bendalir menitik dari kereta anda ke lantai. Jika ada, mahu atau tidak, segeralah ke bengkel untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti.

2. Periksa keadaan keseluruhan bawah kenderaan

Setelah kereta diangkat, pemeriksaan yang lebih jelas boleh dilakukan sama ada terdapat kebocoran pada mana-mana sistem, keadaan paip ekzos, paip sistem brek dan keadaan casis bahagian bawah itu sendiri.

3. Pemeriksaan terhadap sistem suspensi

Pemeriksaan secara visual turut boleh dilakukan terhadap sistem suspensi contohnya keadaan penyerap hentak (terdapat kebocoran atau mungkin telah bengkok), keadaan semua bushing pada sambungan-sambungan sistem suspensi.

Satu lagi pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk memastikan suspensi anda berada dalam keadaan baik atau tidak ialah letak kereta anda pada permukaan rata kemudian tekan badan kenderaan sekuatnya. Sekiranya kereta anda melantun lebih daripada tiga kali, ini bermaksud penyerap hentak anda berada dalam keadaan yang teruk dan perlu ditukar.

Pemeriksaan terhadap roda dan tayar

Setelah kereta diangkat, keadaan roda dan tayar dapat diperiksa dengan lebih jelas. Setiap tayar boleh dipusing untuk diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk pada tayar yang menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam.

Periksa juga keadaan bunga tayar. Secara ringkas:

  • Tayar yang hanya habis pada kedua-dua bahagian bahu adalah disebabkan tayar berjalan dengan keadaan tekanan angin yang tidak mencukupi.

  • Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian tengah adalah kerana tekanan angin tayar yang terlalu tinggi.

  • Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian sebelah sisi, atau bunga tayar kelihatan seperti dihiris-hiris, adalah kerana penjararan roda (wheel alignment) yang tidak betul.

  • Tayar hadapan haus lebih cepat berbanding tayar belakang – ini adalah normal kerana bahagian hadapan mempunyai beban yang lebih (enjin, transmisi dan sebagainya). Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menukarkan kedudukan tayar, tayar bahagian belakang dialihkan ke hadapan dan begitu juga sebaliknya untuk tayar bahagian hadapan. Tayar belakang yang ditukarkan ke hadapan perlu diseimbang semula (balancing) untuk mengelakkan stereng bergegar apabila mencapai kelajuan tertentu.

Ketika memusingkan tayar, anda turut boleh memeriksa sama ada rim bengkok atau tidak, dan juga keadaan galas roda (wheel bearing) yang akan menyebabkan komponen suspensi lain (seperti gegelung pegas) akan bergetar jika ia sudah rosak

5. Pemeriksaan visual terhadap pelapik brek (brake pad)

Jika anda menggunakan rim aloi dengan jejari yang jarang, anda boleh membuat pemeriksaan ini tanpa membuka tayar. Setiap pad brek mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaannya. Plat tersebut akan bersentuhan dengan cakera brek dan menyebabkan bunyi geseran antara besi dengan besi terhasil menandakan pad perlu ditukar.

Sebaiknya, tukarlah pad brek sekirannya penanda tersebut hampir mengenai cakera untuk memanjangkan jangka hayat cakera brek anda, dan yang paling penting keselamatan ketika anda dalam perjalanan yang jauh.

6. Pemeriksaan terhadap tahap dan keadaan minyak gear transmisi manual

Transmisi manual tidak mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap minyaknya. Ia boleh diperiksa dengan membuka skru lubang untuk mengisi minyak tersebut pada kotak gear. Secara am, minyak gear transmisi manual ini perlu ditukar sekitar 50-60k km sekali (rujuk buku manual kereta anda untuk jarak yang lebih tepat).

Namun setelah semua pemeriksaan ini dijalankan, anda perlu faham, manusia hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diperiksa oleh mekanik atas batas-batas tertentu.

Kipas radiator elektrik misalnya, anda bertuah sekiranya ia tidak berfungsi (perlu diketuk, barulah ia berfungsi semula) semasa pemeriksaan dilakukan, dan ditukar ketika itu juga. Motor kipas ini tidak diketahui berapa lama jangka hayatnya, bila ia akan rosak, serta tiada tanda-tanda awal kerosakan.

Apa yang paling penting, servis dan pemeriksaan ini perlu dilakukan segera dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Ini kerana dikhuatiri alat ganti yang diperlukan tidak dapat diperolehi dalam masa terdekat dan juga ia membantu anda untuk mengatur semula kewangan anda sekiranya perbelanjaan yang diperlukan untuk pembaikkan melebihi bajet raya anda.

 

Anda juga dinasihati jangan mengamalkan budaya memeriksa kereta anda hanya pada musim perayaan, ini akan menyebabkan anda hanya menyedari ‘kerosakan terkumpul’ pada kereta anda ketika banyak perkara lain lagi yang perlu dilakukan menggunakan wang. Selenggaralah kereta anda mengikut jadual yang telah disarankan dalam buku manual yang dibekalkan pengeluar.

Bayangkan anda menservis kereta anda pada hari terakhir sebelum anda pulang ke kampung, setelah diperiksa, pam stereng kuasa anda bocor dan kedai alat ganti terdekat tidak mempunyai stok. Lebih memburukkan keadaan, harganya melebihi bajet raya anda untuk pulang ke kampung, jadi bagaimana?         

Tips Insurans Kereta

Perkara-perkara PENTING yang Anda PERLU TAHU Kalau Ambil Polisi Insurans Kenderaan

Jadilah konsumer dan pemegang polisi yang bijak. Jangan hanya tahu menandatangani dokumen insurans secara membuta-tuli. Ini panduan berguna yang anda perlu ambil tahu.