Skip to content

Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah

Lindungi rumah anda dan isi kandungannya.

Insurans Pemilik Rumah dan Isi Rumah

Kerosakan atau pecah masuk rumah boleh memberikan kesan terhadap kewangan dan gangguan emosi pada anda dan keluarga. Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah dari Etiqa membantu mengurangkan kos penggantian dan pembaikan rumah.
 

Dapatkan anggaran perlindungan yang diperlukan menggunakan kalkulator kos bangunan yang disediakan oleh Malaysian Takaful Associatian (MTA). Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendapatkan nasihat profesional bebas sekiranya rumah telah diubahsuai secara meluas dan/atau mempunyai reka bentuk yang unik/tidak standard.

Manfaat Utama

Perlindungan

untuk kerosakan akibat kebakaran, kilat, dan letupan domestik.

Pembayaran balik

sehingga 10% untuk kerugian sewa berdasarkan jumlah perlindungan.

Perlindungan

untuk kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan atau haiwan.

Pembayaran balik ganti rugi

untuk kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut taufan, ribut petir, angin kencang, dan banyak lagi.

Perlindungan

untuk kerosakan akibat pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik.

Perlindungan

untuk kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah.

Pilihan Tambahan Untuk Perlindungan Lengkap

Senarai pilihan manfaat tambahan:
  • Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat keganasan
  • Peningkatan Had Liabiliti kepada orang ramai sehingga had maksimum RM250,000
  • Peningkatan had kehilangan sewa
  • Perlindungan untuk rumah yang  ditinggalkan tanpa penghuni melebihi sembilan puluh (90) hari
  • Kecurian tanpa pecah masuk dan/atau keluar rumah dengan paksaan dan keganasan  tidak termasuk kecurian oleh ahli keluarga/orang gaji