Perlindungan Aset & Liabiliti
Pengurusan risiko perniagaan di darat, laut dan udara.
- Home
- Perlindungan Aset & Liabiliti
Fokus Pada Perniagaan Anda. Akan Kami Uruskan Selainnya.
Kelas Insurans dan Segmen Perniagaan
Kami membantu menguruskan pelbagai jenis dan tahap risiko yang berbeza dalam pelbagai industri:
-
Runcit
-
Pengeluaran
-
Pembinaan
-
Perkhidmatan
-
Kejuruteraan
-
Komunikasi
-
Tenaga
-
Pengangkutan
-
Pertanian
Lindungi Aset Perniagaan Anda Dari Risiko Berikut:
Dapatkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan harta benda akibat kebakaran, kilat dan letupan (domestik). Bahaya tambahan termasuklah letupan (perlindungan lanjutan), gempa bumi, kapal terbang, mogok, rusuhan dan gangguan sivil, pembakaran spontan, asap, letusan paip, impak, kebocoran pemercik, banjir, ribut dan perbuatan berniat jahat, boleh ditambah pada nilai premium yang berpatutan.
Dapatkan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat kecurian harta benda milik yang diinsurans atau harta benda di bawah tanggungjawab anda.
Pastikan perniagaan anda terlindung daripada kerosakan tiba-tiba dan tak dijangka yang berlaku ketika mesin sedang berfungsi atau tidak, sedang ditanggalkan, dipindahkan, atau didirikan semula untuk tujuan pencucian, pemeriksaan, pembaikan atau pemasangan dalam kedudukan lain.
Lindungi kehilangan wang ketika dalam perjalan dan ketika disimpan dalam laci berkunci, peti besi atau bilik kebal, atau akibat rompakan ketika dalam premis perniagaan.
Kami membantu anda membayar baki keuntungan bersih dan caj tetap yang timbul akibat gangguan perniagaan selepas berlakunya kerugian atau kerosakan dari kebakaran and lain-lain bahaya yang terinsurans.
Kekal terlindung daripada kerugian kenderaan bermotor atau kerosakan akibat kemalangan dan juga liabiliti perundangan terhadap pihak ketiga untuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda.
Adalah mandatori buat semua majikan untuk mendapatkan insurans bagi semua pekerja asing yang digaji dibawah Skim Pampasan Pekerja Asing, untuk sebarang liabiliti di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.
Selaras dengan hak common law terhadap majikan, Insurans Liabiliti Majikan adalah untuk memberikan indemniti kepada yang diinsurans ke atas sebarang kemungkinan yang berkaitan.
- Kecederaan badan akibat kemalangan kepada mana-mana individu yang bukan ahli isi rumah individu diinsurans atau mana-mana individu dalam perkhidmatan khidmat individu diinsurans.
- Kerosakan akibat kemalangan kepada harta benda yang bukan milik atau bukan dalam jagaan atau kawalan individu yang diinsurans.
- Sebarang perbelanjaan perundangan tertanggung oleh individu yang diinsurans dalam proses perundangan dengan persetujuan bertulis Syarikat, yang berlaku ketika Tempoh Insurans dan diakibatkan oleh aktiviti perniagaan di dalam linkungan kawasan yang ditetapkan.