tukar tayar

Langkah-langkah untuk menukar tayar kenderaan anda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Jack untuk mengangkat kereta
  • Pemutar jack untuk mengangkat kereta sehingga sebati
  • Spanar untuk melonggarkan nuts sehingga cukup rasa
  • Tayar spare

1. Mula-mula buka bonet kereta, dan cari alatan untuk menukar tayar seperti “jack”, dan pemutar skru. Biasanya terletak di bawah karpet bonet belakang kereta, bersama dengan tayar spare  dan juga park kereta anda di permukaan yang tegap macam jalan tar ke, simen, so time naikkan kereta nanti taklah terbenam. 

  •  
 

2. Buka penutup rim jika ada. Longgarkan penutup rim dengan mengumpil menggunakan skru driver, 
lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakan kerosakan pada rim. Atau jika anda gagah, guna tangan pun boleh. 

3. Longgarkan “nuts” pada rim menggunakan spanar melawan arah jam.Tak perlu buka habis, cukup sekadar longgarkannya. 

4) Pasangkan “jack” untuk mengangkat kereta anda. Kedudukan “jack” diletakkan kira-kira 2 jengkal dari tayar. Pastikan “jack” masuk ke tulang kereta, dan ayuh saya putar halim mengikut arah jam. Putar sehingga tayar kereta cukup sebati untuk dikeluarkan. 

5) Buka nuts pada rim, dan boleh lah tukarkan tayar anda yang bocor itu dengan tayar spare yang disediakan. Size tayar spare tu memang kecil dari tayar normal sampai aku pun macam scary cukup kukuhkan tayar itu untuk menampung berat kereta ini. 

6) Bila tayar spare sudah diletakkan, pasangkan kembali “nuts” dengan tidak terlalu ketat. Turunkan “jack”, dan baru ketatkan nuts itu tadi. Pijak dengan kaki untuk memastikan cengkaman skru cukup kuat.

tips kemalangan

7 Tips jika anda terlibat dengan kemalangan.

1. Mendapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan nama orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama. 

2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan. 

3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian. 

4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa. 

5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya. 

6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda. 

7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda. 

Setelah kemalangan dilaporkan dan kenderaan anda ditarik ke bengkel diiktiraf terdekat atau ke balai polis, syarikat insurans anda akan hantar seorang penaksir kerugian. Penaksir kerugian ialah seorang yang akan menilai kerugian yang berlaku ke atas kenderaan anda dan bertanggungjawab menyiasat punca sebenar kemalangan. Penaksir kerugian akan memberi nasihat kepada syarikat insurans tentang berapa banyak anda boleh tuntut atas kemalangan tersebut.