Skip to content

Takaful Flexi PA

Perlindungan di jalan raya, untuk anda dan orang yang tersayang

  • Home
  • Takaful Flexi PA

Takaful Flexi PA

Berada di jalan raya telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan seharian anda. Anda memandu ke tempat kerja, keluar bertemu rakan-rakan, dan pulang ke pangkuan yang tersayang. Walau bagaimanapun, keselamatan anda perlu diutamakan kerana situasi di jalan raya adalah agak mencabar. Takaful Flexi PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi anda dan keluarga daripada beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

Manfaat Utama

Elaun Kemasukan ke Hospital

Kami menyediakan pampasan tunai sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Tiada Pemeriksaan Kesihatan Diperlukan

Proses permohonan dan pendaftaran yang mudah.

Perlindungan di Serata Dunia

Anda akan dilindungi 24-jam sehari, walau di mana sahaja anda berada.

Perlindungan Takaful

Anda dan penumpang akan menerima pembayaran sekaligus sekiranya berlaku kematian, atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan. Anda juga boleh memilih untuk membenarkan pembayaran untuk baki pinjaman sewa beli kenderaan sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan.

Kelayakan

✔️ Umur Kemasukan
18 tahun sehingga 65 tahun, boleh diperbaharui sehingga 70 tahun