Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah
Lindungi rumah anda dan isi rumah dengan pelan patuh Shariah
Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah
Dapatkan anggaran perlindungan yang diperlukan menggunakan kalkulator kos bangunan yang disediakan oleh Malaysian Takaful Associatian (MTA). Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mendapatkan nasihat profesional bebas sekiranya rumah telah diubahsuai secara meluas dan/atau mempunyai reka bentuk yang unik/tidak standard.
Manfaat Utama
Perlindungan
untuk kerosakan akibat kebakaran, kilat, dan letupan domestik.
Pembayaran balik
sehingga 10% untuk kerugian sewa berdasarkan jumlah perlindungan.
Perlindungan
untuk kerosakan yang disebabkan oleh kenderaan atau haiwan.
Pembayaran balik ganti rugi
untuk kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, ribut taufan, ribut petir, angin kencang, dan banyak lagi.
Perlindungan
untuk kerosakan akibat pecahan atau limpahan tangki air, alat atau paip domestik.
Perlindungan
untuk kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah.
Pilihan Tambahan Untuk Perlindungan Lengkap
Senarai pilihan manfaat tambahan:
- Rusuhan, mogok dan kerosakan akibat keganasan
- Peningkatan Had Liabiliti kepada orang ramai sehingga had maksimum RM250,000
- Peningkatan had kehilangan sewa
- Perlindungan untuk rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni melebihi sembilan puluh (90) hari
- Kecurian tanpa pecah masuk dan/atau keluar rumah dengan paksaan dan keganasan tidak termasuk kecurian oleh ahli keluarga/orang gaji